Tuesday, October 16, 2012

l am two :D

Saya anak number dua ;D
 
Hai Assalamualaikum, post kali ini tentang ciri/kerenah Anak number dua. Artikel ni aku jumpa dekat belog seseseseseseseorang. Sila jangan percaya sangat percaya sangat. Mungkin ada yang sama ciri-ciri dengan anak number dua, dan mungkin tidak ada sama sekali yang sama amat sekali dengan anak number dua.. Selamat membaca dan beramal :D
 
 
DEGIL
 
Mengikut fakta yang saya baca, anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Dalam semua-semua hal dia je yang betul. Dalam ramai adik beradik dia lah paling KETEGAQ. Keinginan dia kuat. Kalau buat sesuatu kerja mesti bersungguh-sungguh. Kalau dia cakap TAK NAK, so tak nak lah jawabnya. Tetapi mereka boleh dipujuk tetapi selalunya tak berapa jalan. Kesian tukang pujuk tu.



TAK PANDAI PUJUK
 
Anak kedua ni memang tak reti pujuk-memujuk. Nasib lah sapa jadi boyfriend/girlfriend anak number dua ni. Kesiaannnnn. Tapi, kalau bercinta dialah yang paling/sangat setia. Sanggup berkorban okay. "I sanggup berkorban demi You, walaupun berenang lautan berapi". Mari kita muntah hijau ...
 
 
HATI
 
Anak number dua ni nampak je dari segi luaran keras. Tapi hati dia sapa tahu. Lembut okay lembut !!! dan diorang ni tak boleh ditegur. Kalau hitam jawapannya, maka hitam lah. Kalau Asma Sabilla comel orang nya, maka memang dan benar sekali Asma Sabilla comel. Okay yang ni tak boleh muntah hijau sebab ini bukan fakta atau auta ini KEYATAAN. FULL STOP.
 
 
BERDIKARI
 
Very independent person. Ala macam Roberta dalam novel The Railway Children form 3. She is very independent person because when mother was ill she can still took care of her siblings. Okay sepoloh markah untuk Asma :D *tepuk tangan*
 
 
ARAHAN
 
Anak number dua ni juga susah/payah nak terima arahan orang lain. Dia lebih suka buat kerja without arahan orang. Diorang juga tak boleh kerja dengan orang. Kesimpulannya, ramai lah kan bos-bos diluar sana anak number dua ??? :/
 
 
PEMAAF DAN CARING
 
Tidak dinafikan lagi, anak number dua ni seorang pemaaf dan caring. Senang maafkan orang. Tapi ... kalau buat dia marah gila-gila. Hmmmm, nahas lah. Makan guna straw agaknya.
 
 
PEMAKAIAN
 
Diorang ni boleh dikatakan semua barang nak yang up to date. Cerewet semua nak yang sempurna je... Haa, yang ni bukan aku walaupun aku anak ke dua. Aku tak adalah nak semua up to date, cuma up to.. bila nak keluar date je. Ehh, tak adalah aku ni pemalas, kekadang tu kalau keluar pakai je baju merah tudung purple. Wahh awesome kan ??? Colourful lady